Blog Surau Sri Melor

Mengenai Surau Al Ihsan, Apt Sri Melor di Ukay Perdana,Ampang

KULIAH DI SURAU AL-EHSAN BULAN DISEMBER 28/11/2011

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 11:50 pm

Semua muslimin dan muslimat adalah dijemput menghadiri kuliah di Surau Al-Ehsan Sri Melor sepanjang Disember seperti dalam jadual dibawah. Sila klik perkataan ‘Dec’ dibawah untuk lihat jadual.

Dec

Semuga dengan kehadiran tuan/puan dapat memberi manfaat kepada semua, mengimarahkan surau serta meningkatkan ukhwah sesama muslimin/muslimat.

 

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA 1432 29/10/2011

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 9:22 am

 

Pengumuman anak bulan Zulhijjah telah dibuat dan tarikh hari raya korban telah ditetapkan pada 6 Novemeber 2011 (Ahad). Pihak Surau Al-Ehsan ingin memaklumkan bahawa tahun ini pihak Surau akan mengendalikan penyembelihan korban sebanyak 2 ekor lembu. Pihak Surau juga akan mengadakan Solat Sunat Aidil Adha di surau Al-Ehsan bermula jam 8.00 pagi. Penyembelihan akan dbuat sebaik selesai solat sunat tersebut. Penduduk adalah dijemput beramai-ramai bersolat di Surau serta mengambil bahagian dalam gotong royong peneyembelihan.

Pihak surau juga akan menyediakan sarapan pagi bagi jemaah yang hadir dan juga mengalu-alukan jika ada jemaah yang ingin menyumbang kueh mueh untuk pagi tersebut.

Bersempena dengan sambutan tersebut, Penduduk adalah dijemput untuk bersama-sama bertakbir selepas Maghrib dan Isya’ pada hari sabtu (5 November) dan jika ada permintaan, takbir dari rumah ke rumah akan diadakan selepas Isya’ hari pada Sabtu, Ahad dan Isnin.

Pihak Surau ingin menghulurkan doa kepada semua Jemaah haji dari Pangsapuri Sri Melor yang kebanyakkan telah berangkat ke Mekah, semoga Allah mempermudahkan perjalanan mereka dan sentiasa dalam kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadah dan mendapat haji yang mabrur.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

Untuk rujukan semua jemaah sila klik lnk di bawah untuk melihat JADUAL KULIAH SURAU BAGI BULAN NOVEMBER

Nov

 

PROGRAM OKTOBER – NOVEMBER 07/10/2011

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 10:20 pm

PROGRAM KORBAN

Sambutan perayaan yang akan datang adalah Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban yang dijangka jatuh pada 6hb November 2011 (10 Zulhijjah 1432). Pihak Surau Al-Ehsan, sebagaimana biasa akan menganjurkan sembelihan korban selepas solat sunat Aidil Adha. Insya Allah, pihak surau juga akan berusaha untuk  mengadakan solat sunat Aidil Adha di Surau Al-Ehsan. Pemakluman ini akan ditampal di papan kenyataan di setiap tangga nanti.

Penduduk yang berhajat untuk meyertai bahagian korban adalah dialu-alukan. Harga bagi satu bahagian korban adalah sebanyak RM 400.00. Mereka yang berminat boleh menghubungi En Zulkifli Akil (013-3684978) atau En Yusri Mohd Yusof (019-3180026). Setakat ini, 1 ekor lembu telah ditempah dan pihak surau, insya Allah mampu mengendalikan sebanyak 3 ekor. Ini berdasarkan kepada kejayaan program sembelihan korban tahun lalu sebanyak 3 ekor .

Pembahagian daging akan dibuka kepada penduduk mulai 10.30 pagi hari tersebut.

KULIAH MINGGUAN

Kuliah mingguan telah pun berjalan semula sejak minggu lalu. Sila klik tajuk ini untuk jadual bagi bulan oktober 2011.

Okt

PENGAWASAN TERHADAP ANAK-ANAK

Pihak surau mendapati terdapat kanak-kanak yang menggunakan surau sebagai tempat permainan termasuk di dalam ruang sembahyang pada waktu siang hari bekerja dimana mereka diberi cuti oleh sekolah disebabkan peperiksaan. Pihak surau memandang berat perkara ini atas faktor kebersihan ruang sembahyang dan pembaziran letrik. Pihak AJK Surau telah bersetuju untuk mengunci bahagian ruang sembahyang dan akan dibuka hanya pada waktu-waktu sembahyang fardhu (siang) selama 1 atau 2 jam. Orang ramai yang ingin bersembahyang diwaktu lain boleh menggunakan bahagian luar surau (serambi) dan sejadah akan disediakan.

Pihak surau juga ingin meminta jasa baik ibu bapa agar dapat menasihati anak-anak agar sentiasa beradab di dalam surau serta menghormati rumah ibadah.

 

SALAM AIDIL FITRI 1432 28/08/2011

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 8:50 am

Alhamdulilah, Ramadhan tahun ini telah dilalui dan menghampiri penghujungnya. Semuga semua pembaca dapat menafaati keberkatan yang diturunkan khas untuk bulan ini. Disamping itu Surau Al-Ehsan ingin mengajak semua jemaah yang menghangatkan surau dibulan ini dapat meneruskan mengimarahkan surau ini dibulan-bulan lain, insyaalah. Sebahagian besar jemaah telah mula sampai atau bertolak ke kampong masing masing dan pihak surau ingin mendoakan semua agar selamat sampai dan kembali semula tempat bertugas masing-masing.

Surau Al-Ehsan, Apartmen Sri Melor ingin memohon ampun dan maaf dari semua jemaah atas apa-apa kekurangan semasa pengendalian semua program yang dijalankan sepanjang Ramadhan. Pihak AJK mengalu-alukan apa-apa teguran, cadangan serta idea bagi menambah baik pentadbiran Surau.

Bagi pihak Pengerusi, Imam-imam dan semua barisan AJK Surau Al-Ehsan Pangsapuri Sri Melor Mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1432H DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pembaca blog ini.

 

SELAMAT DATANG RAMADHAN 1432H 28/07/2011

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 10:58 pm

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana memanjangkan usia kita untuk dipertemukan dengan bulan yang penuh barakah ini. Bulan yang menghidangkan segala macam menu ibadah bagi menambah pahala kita didalam kantong keimanan.  

Seperti biasa, Surau Al-Ehsan, Apartmen Sri Melor mengalu-alukan kehadiran muslimin dan muslimat untuk bersama-sama mengimarahkan surau pada malam-malam bulan Ramadhan. Pihak surau insyaalah, berusaha menyediakan prasarana terbaik untuk Jemaah beribadat dengan selesa.

Secara ringkasnya, beberapa perkara yang ingin dimaklumkan berkaitan aktiviti Ramadhan bagi 1432H ini adalah seperti berikut;

a)      Solat Sunat Terawih – 8 Rakaat solat sunat Terawih diakhiri dengan 3 Rakaat solat sunat Witir.

b)      Imam – Solat sunat Terawih dan Witir akan diimamkan oleh imam tempatan dan imam jemputan

c)       Tazkirah – Tazkirah (15 minit) oleh penceramah jemputan dan penceramah tempatan akan diadakan pada pertengahan solat sunat terawih (selepas 4 rakaat).

d)      Tahlil – Tahlil akan diadakan seminggu sekali selepas solat Isya’ pada malam Jumaat. Semua permintaan tahlil akan dikumpulkan dan dibacakan pada malam tersebut. Borang permintaan Tahlil disediakan disurau dan boleh juga memuat turun dari link dibawah ini.

Borang Tahlil

e)      Taddarus Al-Quran –  akan diadakan selepas solat sunat Witir. Taddarus akan dijalankan dengan membaca ayat-ayat dan kemudian dibacakan terjemahan.

f)       Qiamullail – insyaalah akan diadakan pada setiap malam minggu.

g)      Kuliah subuh – Akan diadakan pada setiap pagi ahad.

h)      Bubur Lambok – Penyediaan dan pengedaran bubur lambok oleh surau Al-Ehsan yang dijalankan sejak 5 tahun lalu akan diteruskan tahun ini pada setiap hari Ahad. Pengedaran akan dibuat selepas jam 5.30 petang.

i)        Derma/sumbangan – Pihak surau mengalu-alukan derma dan sumbangan muslimin dan muslimat, bukan hanya untuk pengurusan bulan Ramadhan sahaja, malah bagi tujuan pengurusan surau sepanjang tahun seperti;  penambahan prasarana (pembelian kitab-kitab ilmiah, rak, meja, dsb.), baikpulih prasarana (penggantian peralatan yang rosak seperti lampu, kipas, carpet, system P.A, dsb.), pembayaran saguhati kepada penceramah atau guru kuliah, pengurusan peralatan dan barangan dapur, dan lain-lain keperluan bagi memastikan keadaan surau sentiasa terjaga dan dalam keadaan baik. Pihak surau ada menyediakan tabung di tiang lobi surau, selain diletakkan di sebelah ‘acces card’ di pintu masuk bagi memudahkan muslimin dan muslimat memberi sumbangan.

Sumbangan juga boleh dihulurkan kepada mana-mana AJK Surau ataupun memasukkan kedalam akaun surau dengan nombor seperti berikut

Surau Al-Ehsan Apartmen Sri Melor – Maybank Berhad  562209612994

 

GOTONG ROYONG MENCANTAS DAN MENEBANG POKOK 05/07/2011

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 11:11 pm

Gotong royong mencantas dan menebang pokok disekitar Pangsapuri Sri Melor Ukay Perdana akan diadakan pada;
Tarikh : 9 Julai 2011 (sabtu)
Masa : Bermula 8.00 pagi

Semua penduduk dituntut menghulurkan tenaga mereka bagi program ini. Sarapan pagi dan jamuan tengahari adalah disediakan.

 

JADUAL KULIAH BULAN JULAI 03/07/2011

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 11:01 am

Assalamualaikum,

Berikut adalah kuliah-kuliah yang akan diadakan sepanjang bulan Julai 2011

Jadual Pengajian Al- Ehsan – JuLY 2011

Semua muslimin dan muslimat adalah dijemput bersama-sama mengimarahkan surau kita.

 

CERAMAH ISRA’ & MIKRAJ 22/06/2011

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 10:30 pm

Surau Al-Ehsan Sri Melor akan mengadakan satu ceramah perdana bersempena sambutan Isra’ & Mikraj seperti berikut;

Tarikh : 26 hb Jun 2011 (Ahad)

Masa : Selepas Solat Maghrib

Tempat : Surau Al-Ehsan, Pangsapuri Sri Melor, Ukay Perdana, Ampang

Penceramah : Ustaz Rohaily @ Abd Rahman Bin Abdul Hamid

                             Pegawai Hal-Ehwal Islam (JAWI), Ketua Imam, Masjid Salahuddin Al Ayyubi, Taman Melati.

Semua dijemput hadir

 

AL FATIHAH 08/05/2011

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 2:34 pm
Allayarham Us. Hj. Zainal Arrifin Bin Abdul Shukur
Dukacita dimaklumkan Ustaz Zainal Ariffin Bin Abdul Shukur telah kembali kerahmatullah pada 7hb Mei 2011 jam 5.10 petang. Jenazah beliau selamat dikebumikan di perkuburan Islam Datuk Keramat pada Ahad 8 Mei 2011 jam 10.30 pagi.
 
Arwah merupakan Imam Surau Al-Ehsan selama lebih kurang 2 tahun pada 2004 – 2005 dan merupakan guru Al-Quran bagi sebahagian jemaah pada waktu itu. Selain itu, beliau juga merupakan penceramah bagi beberapa acara yang dianjurkan surau selain memnjadi imam tetap sembahyang terawih termasuk memberi tazkirah.
 
Beliau kemudian berpindah pada 2006 dan tidak lagi menjadi Imam surau Al-Ehsan, namun beliau datang juga 2 minggu sekali bagi mengajar tajwid di surau. Beliau juga dijemput sekali-sekala bagi memberi ceramah dalam bagi program ceramah bulanan surau dan turut menjadi imam jemputa bagi solat terawih.
 
Semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Al-Fatihah 
 
 
 
 

JADUAL KULIAH BULAN MEI

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 2:18 pm

Semua pembaca dijemput menghadiri kuliah dalam bulan mei seperti dibawah;

Tarikh

Hari

Waktu

Pengajian

Penceramah

4 Mei Rabu Lepas Isya’ Tajwid Us. Abdul
5 Mei Khamis Lepas Isya’ Fiqh Ibadah Us Aziz Disa
9 Mei Isnin Lepas Isya’ Fiqh Muamalat Us. Zakirullah
11 Mei Rabu Lepas Isya’ Tajwid Us. Abdul
15 Mei Ahad Lepas Maghrib Tafsir Hadith Us. Karim
16 Mei Isnin Lepas Isya’ Tauhid Us. Manah Daud
18 Mei Rabu Lepas Isya’ Keibubapaan Us. Yusri Arifin
19 Mei Khamis Lepas Isya’ Fiqh badah Us. Aziz Disa
22 Mei Ahad Lepas Maghrib Sirah Us. Kasyfunnazir
23 Meil Isnin Lepas Isya’ Fiqh Muamalat Us Zakirullah
25 Mei Rabu Lepas Isya’ Tajwid Us. Abdul