Blog Surau Sri Melor

Mengenai Surau Al Ihsan, Apt Sri Melor di Ukay Perdana,Ampang

Borang2 Surau 19/08/2009

Filed under: Pengumuman — surausrimelor @ 8:03 pm

Sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia, bersama ini disertakan borang2 yang berkaitan untuk kegunaan penduduk yang ingin membuat majlis-majlis berkenaan. Bersama ini disertakan juga borang cadangan penambahbaikkan surau.

Pihak surau juga ingin merakamkan jutaan terima kasik kepada individu yang terlibat di dalam kerja-kerja melebarkan

surau terutamanya En. Samsuri dan semua rakan2 surau.  Jangan marah pulak nama tak kena sebut na… Lampu pun dah baru! Terima kasih kita ucapkan kepada pihak yang menderma lampu berkenaan.

Surau Ogos 09-01 Surau Ogos 09-05

02-Dah ada.....

Borang2 berkaitan

=============

1. Borang Cadangan Tambahbaik

2. Borang Tahlil

3. Borang Khatan

 

Gotong Royong Melebarkan Surau 07/08/2009

Filed under: Aktiviti,Pengumuman — surausrimelor @ 12:50 am
Tags:

Semua jemaah dijemput datang untuk bersama-sama membantu kerja-kerja berkaitan pada:

Tarikh: 8/8/2009 , 9/8/2009
Masa: 9:00 AM

Kehadiran tuan2 sangatlah dialu-alukan. Sila berpakaian untuk tujuan kerja2 seperti membancuh simen dan melepa lantai. Harap maklum.

 

Mesyuarat Sempena Ketibaan Bulan Ramadan Al Mubarak 02/08/2009

Filed under: Aktiviti,Pengumuman — surausrimelor @ 8:48 pm

Alhamdulilah. Ramadan bakal menjelma lagi. Sempena dengan kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, pihak surau akan mengadakan satu mesyuarat seperti berikut:

Tarikh: 5/8/2009 (Rabu)

Masa: 9:00 PM

Tempat: Surau Sri Melor

Semua AJK dan jemaah surau dijemput datang. Semoga kehadiran tuan sekalian dapat lagi meng’imarahkan surau

kita pada bulan Ramadan nanti.