Blog Surau Sri Melor

Mengenai Surau Al Ihsan, Apt Sri Melor di Ukay Perdana,Ampang

Jadual Kuliah Mac 2011 05/03/2011

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 7:21 pm

Muslimin dan muslimat adalah dijemput menghadiri kuliah-kuliah di Surau Al-Ehsan Sri Melor seperti berikut;

Ahad 6 Mac              Kuliah Tafsir     Us. Karim Bashir              Lepas Maghrib

Selasa 8 Mac            Kuliah Tafsir    Us. Amran                          Lepas Isyak

Rabu 9 Mac             Kuliah Tajwid  Us. Abdul Muqit               Lepas Isyak

Khamis 10 Mac     Kuliah Feqah Ibadah Us. Aziz                   Lepas Isyak

Isnin      14 Mac    Kuliah Feqah Muamalat  Us. Zaki             Lepas Isyak

Rabu     16 Mac     Kuliah Pendidikan     Us. Yusri Arifin     Lepas Isyak

Ahad     20Mac     Kuliah Tafsir   Us. Karim                              Lepas Maghrib

Isnin    21 Mac      Kuliah Tauhid  Us. Manah                           Lepas Isyak

Rabu    23 Mac     Kuliah Tajwid   Us. Abdul Muqit               Lepas Isyak

Khamis 24 Mac   Kuliah Feqah Ibadah Us. Aziz                    Lepas Isyak

Ahad 27 Mac      Kuliah Sirah Us. Kasyifunnazir                  Lepas Maghrib

Isnin 28 Mac       Kuliah Feqah Muamalat Us. Zaki             Lepas Isyak

Marilah bersama-sama mendapatkan ilmu untuk memantapkan rohani disamping menjadi bekalan di akhirat. Mari bersama berjamaah.

Advertisements
 

Kejohanan Bolatampar Tertutup Sri Melor 2011 02/03/2011

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 11:19 pm

Biro Sukan PPPSM yang diketuai oleh saudara Zulkarnain Bonai telah dengan jayanya menganjurkan kejohanan bolatampar tertutup Pangsapuri Sri Melor Ukay Perdana pada 26 & 27 Februari lepas. Kejohanan yang disertai oleh 48 penduduk yang dibahagikan kepada 6 kumpulan telah dirancang sejak lebih sebulan yang lepas dengan mendapatkan pendaftaran daripada penduduk dan seterusnya menjalankan pengundian bagi menentukan pasukan yang disertai oleh mereka yang mengambil bahagian pada 18 Februari 2011.

Pemain yang mengambil bahagian serta urusetia

Setiap pasukan dibahagikan kepada 8 pemain yang hampir seimbang menjadikan pertandingan tersebut sangat kompetetif. Perlawanan yang diadakan di Dataran Sri Melor tersebut bermula jam 8.15 pagi 26 Februari 2011 berjalan mengikut jadual memandangkan cuaca yang begitu baik sehingga penganjur membawa perlawanan yang dijadualkan pada 27 februari kehadapan bagi mengurangkan kesibukan bagi jadual hari ahad.

Setelah berjuang selama 1 hari setengah, pasukan Tok Bahaman yang dianggotai oleh Mahzan, Joe, Rohaimy, Azmi, Amran dan Ishak telah dinobatkan juara setelah mengumpul mata terbanyak dengan memenangi semua perlawanan. Semua jadual perlawanan diselesaikan pada jam 11.30 pagi 27 Februari.

Pasukan Tok Bahaman-Juara

Dalam ucapan penutup sebelum penyampaian hadiah, ketua biro sukan, En. Bonai melapazkan rasa syukur kerana kerana kejohanan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecederaan serius, disamping dikurniakan dengan cuaca yang baik sepanjang pertandingan. Beliau mengucapkan terimakasih kepada urusetia yang diketuai oleh Hj. Halim Nor yang berjaya menguruskan pertandingan tersebut dengan baik. Ucapan terimakasih juga dipanjangkan kepada semua penaja-penaja serta pengadil-pengadil yang bertugas. Beliau berharap kerjasama dan komitmen dari semua pihak yang terlibat dalam kejohanan ini dapat diteruskan sepanjang masa demi ikatan ukhwah penduduk Sri Melor. 

Hadiah-hadiah disampaikan oleh En. Zul, En. Norazmi, En Puzan, En.Halim, Tn. Hj. Halim dan En. Aziz Ahmad.