Blog Surau Sri Melor

Mengenai Surau Al Ihsan, Apt Sri Melor di Ukay Perdana,Ampang

Ujian Hafazan Al-Quran Peringkat Ukay Perdana 23/02/2010

Filed under: Pengumuman — surausrimelor @ 11:34 pm

Sempena sambutan Maulidul Rasul 1431 H, JKKP Zon 4 MPAJ akan mengadakan Majlis Maulidur Rasul peringkat Ukay Perdana pada 7hb Mac 2010. Seiring dengan sambutan tersebut pelbagai program telah diatur dan setiap kawasan telah diminta untuk membantu mengendalikan beberapa program. Pihak Pangsapuri Sri Melor telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah bagi ujian hafazan Al-Quran untuk muslimah. Majlis tersebut akan diadakan pada Ahad 28hb Februari 2010 bermula jam 9.00 pagi.

Ujian tersebut akan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kanak-kanak sekolah rendah dan sekolah menengah dan dibuka kepada semua penduduk Ukay Perdana. Kepada sesiapa yang ingin menyertai boleh mendapatkan penerangan dan borang penyertaan dari surau-surau sekitar Ukay Perdana.  Semua penyertaan akan menerima saguhati. Pemenang-pemenang akan menerima hadiah pada majlis kemuncak pada 7hb Mac 2010.

Berikut adalah acara-acara pra sambutan yang akan diadakan;

Jadual Acara

ACARA TARIKH/HARI TEMPAT MASA
Tilawah Al-Quran 27 Feb (Sabtu) Surau At-Taqwa 9.00 Pagi
Hafazan – Muslim 28 Feb (Ahad) Surau Al-Ikhlas, Sri Raya 9.00 Pagi
Hafazan – Muslimat 28 Feb (Ahad) Surau Al- Ehsan, Sri Melor 9.00 Pagi
Azan 28 Feb (Ahad) Surau An-Nur, Sri Putri 9.00 Pagi

Pada hari kemuncak iaitu 7hb Mac, Acara dimulakan dengan perarakan jam 8 pagi oleh penduduk-penduduk Ukay Perdana, diikuti persembahan Nasyid, Serta ceramah oleh penceramah jemputan. Sambutan diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan tilawah, hafazan dan azan serta sepanduk terbaik, pakaian terbaik dan perbarisan terbaik.

Semua penduduk adalah dijemput untuk meyertai.

 

Ceramah Maulidul Rasul 21/02/2010

Filed under: Pengumuman — surausrimelor @ 6:21 pm

Sempena sambutan Maulidul Rasul pada 26hb Februari 2010 (12 Rabiul Awal 1431 H), Surau Al-Ehsan telah mengundang Ustaz Zamri Zakaria dari YAPEIM untuk mengisi slot ceramah bulanan. Ceramah tersebut akan diadakan pada hari Jumaat 26hb Februari 2010 bersamaan 12 Rabiul Awal 1431 H, selepas maghrib. Semua Muslimin dan Muslimat adalah dijemput hadir.

 

Program Kitar Semula Minyak Masak 09/02/2010

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 11:30 pm

Apa yang anda akan buat pada minyak masak yang telah digunakan? Membuangkanya kedalam sistem pembentungan yang biasa dibuat sebelum ini akan mengakibatkan saluran paip pembentungan mengumpul lemak dan lama kelamaan akan mengeras dan akhirnya boleh mengakibatkan saluran paip akan tersumbat. Selain daripada itu bahan berminyak yang dialirkan ke loji pemprosesan boleh merosakkan peralatan loji selain air yang keluar selepas diproses diloji bercampur dengan minyak tersebut boleh mengakibatkan pencemaran.

Atas kesedaran tersebut Surau Sri Baiduri dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Zon 4 MPAJ serta Lembaga Urus Air Selangor telah mengadakan inisiatif untuk mengitar semula minyak masak yang telah digunakan. Selain boleh mencemarkan alam sekitar, minyak masak yang talah digunakan boleh dikitar semula untuk dijadikan bahan biodiesel.

Program yang telah dilancarkan pada awal bulan februari 2010, di Surau Sri Baiduri adalah program yang ditujukan kepada penduduk sekitar Ukay Perdana yang mana setiap fasa digalakkan untuk menyertai program tersebut.

Bagi memudahkan penduduk membuang sisa minyak masak mereka, setiap kawasan perumahan disediakan tong bagi mengumpul sisa minyak masak dan diletakkan di tempat tertentu di kawasan perumahan masing-masing.

Bagi kawasan Sri Melor satu tong pengumpulan telah disediakan di Surau Al-Ehsan Sri Melor.

Tong pengumpulan sisa minyak masak

Untuk keterangan lanjut, hubungi nombor berikut;

LUAS  03-5511 1800

 

Kuliah Bulan Februari 2010 02/02/2010

Filed under: Pengumuman — surausrimelor @ 11:23 pm

Salam semua,

Menyambung semula siri-siri pengajian yang telah diadakan pada bulan lepas, berikut adalah jadual kuliah dan ceramah untuk bulan Februari. Beberapa pengajian telah dirombak setelah mengkaji semula pegajian yang diadakan sebelum ini.

Mulai bulan ini, insyaalah akan ada pengajian pada tiap-tiap hari selasa, rabu dan khamis selepas solat Isya’seperti berikut;

a) Fiqh Ibadat – Selasa (2 hb & 16hb) oleh Ustaz Aziz Disa

b) Fiqh Muamalat – Selasa (9hb & 23hb) oleh Ustaz Zakirullah

c) Tauhid – Khamis 4hb oleh Ustaz Manah

d) Hadith – Khamis 11hb oleh Ustaz jemputan

e) Kuliah umum – Khamis 18hb oleh Ustaz Fazli Yusuf

f) Tafsir – Khamis 25hb oleh Ustaz Abd Karim

g) Bacaan Al-Quran dengan Tajwid setiap Rabu

Lain-lain kuliah bulanan

a) Ceramah jemputan – Sabtu 6hb lepas Maghrib’ (Penceramah jemputan)

b) Kuliah Tafsir -Ahad 14hb lepas Maghrib (Ustaz Abd Karim)

c) Ceramah Bulanan – Sabtu 20hb lepas Magrib (Penceramah bulanan)

d) Kuliah Muslimat – Ahad 21hb 3.00 – 4.00 ptg (Penceramah jemputan)

e) Kuliah Sirah – Ahad 28hb lepas Maghrib (Ustaz Kasyifunnazir)

Semua penduduk dialu-alukan untukbersama-sama didalam majlis ilmu ini.