Blog Surau Sri Melor

Mengenai Surau Al Ihsan, Apt Sri Melor di Ukay Perdana,Ampang

Kelebihan Hari Jumaat 30/07/2010

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 9:02 am

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga”.

Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim). Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Ada yang berpendapat waktu doa makbul pada hari Jumaat ialah selepas Asar (akhir waktu Asar) dan ada yang berpendapat ia di antara dua khutbah Jumaat.

Hadith Jabir ra: Maka peganglah erat-erat akhir dari waktu tersebut jatuh setelah Asar. (Abu Daud, anNasa’iy dan alHaakim).

Hadith Abu Burdah yg dikeluarkan oleh Muslim dalam sahihnya, Nabi saw bersabda: (waktu ijabah) itu antara duduknya Imam sampai salat dilaksanakan.

Sabda rasulullah s.a.w.: Solat lima waktu (sehari semalam) danjumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar. (Muslim)

Sabda Baginda yang maksudnya :“Sesiapa yang berwudhu dan menyempurnakan wudhunya, kemudian dia (pergi ke masjid) untuk menunaikan Jum‘at, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jum‘at itu dan hari Jum‘at berikutnya dan ditambah tiga hari lagi. Dan sesiapa yang bermain-main dengan anak-anak batu (ketika khutbah) telah berbuat sia-sia”.

(Hadis riwayat Muslim)

 

Kuliah Motivasi Selepas Solat Isya’ 22/07/2010

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 10:58 am
Tags:

Tarikh: 22/07/2010

Masa: Selepas Solat Isya’

Tempat: Surau Al Ehsan, Sri Melor

Note: Sesiapa yang berhajat nak sponsor makanan/minuman bolehlah berjumpa dengan mana2 kariah surau.

 

Gotong Royong Perdana Surau Al Ehsan, Sri Melor 19/07/2010

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 10:03 pm
Tags: ,

Tarikh: 25/07/2010

Masa: 9:13 Pagi

Nota: Makanan bubur lambuk mungkin disediakan oleh Pihak Surau.

 

Tahlil & Doa Selamat

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 9:59 pm
Tags:

Tarikh: 24/07/2010

Masa: Selepas Solat Isya’

Bimbingan: Ustaz Abdul

 

Kuliah Isya’ (Fiqh Mu’amalat) 15/07/2010

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 1:01 pm
Tags:

Salam Semua,

Semoga semuanya berada dibawah rahmat Allah. Pihak Surau Al Ehsan, Sri Melor akan mengadakan kuliah Isya’ seperti berikut:

Tarikh: 15/7/2010 (Khamis)

Masa: Selepas Solat Isya’

Tempat: Surau Al Ehsan, Sri Melor

Penceramah: Ustaz Zakirullah

Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan semua akan menyemarakkan lagi majlis yang diberkati Allah ini hendaknya.

 

Majlis Aqiqah Bersama YB Dato’ Dr Hj Hassan Hj Mohamad Ali 09/07/2010

Filed under: Aktiviti,Pengumuman — surausrimelor @ 3:05 pm

Pihak surau ingin menjemput semua penduduk Sri Melor untuk bersama-sama memeriahkan majlis berkenaan.

Tarikh: 11/7/2010 (Ahad)

Masa: 9:00 Pagi

Tempat: Surau Al Ehsan, Apt Sri Melor

Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Dato Dr Hasan Ali & Isteri