Blog Surau Sri Melor

Mengenai Surau Al Ihsan, Apt Sri Melor di Ukay Perdana,Ampang

Forum 24/05/2009

Pihak pentadbir blog telah mencipta sato forum untuk kegunaan semua penduduk Sri Melor. Inanya boleh diakses di alamat ini.

 

5 Responses to “Forum”

  1. ikhlas Says:

    assalammualaikum,

    kurnia bersyukur kerana terbinanya website ini , setidak2nya dapat juga berforam
    meluah kan sesuatu , buat masa kurnia mulakan dengan ucapan terimakasih

    wassalam

  2. ak Says:

    Bang, lama tak update blog. dah boleh maklumkan majlis aqiqah 19 julai ni. mesyuarat aqiqah 4 julai, lepas isya’.

  3. masa Says:

    Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
    dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”

    Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu’ zahir dan batin.”

    Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”

    Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air”.

    Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
    * Bertaubat
    * Menyesali dosa yang telah dilakukan
    * Tidak tergila-gilakan dunia
    * Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
    * Tinggalkan sifat berbangga
    * Tinggalkan sifat khianat dan menipu
    * Meninggalkan sifat dengki.

    Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

    Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
    1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
    2.Syurga di sebelah kananku,
    3.Neraka di sebelah kiriku,
    4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
    5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan
    menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
    kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”

    “Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
    rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
    pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
    selama 30 tahun.”

    Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
    yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

    Untuk munafaat kita bersama, Tolong sampaikan email ini kepada sahabat2. Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya

  4. atoqjay Says:

    Syabas sdr ‘masa’ atas kiriman email Isam & Hatim.. walau dah menelitinya kesekian kali, namun timbul insaf pd diri dik kerana tawadhu’ nya, istiqomah nya dan qonaah nya!

  5. bara Says:

    Tolong jelas kan mano imam ishak…lama tak nampak dia sakit ke…atau…saya oran dah berumur perasan ado kekurang disitu…


Leave a comment