Blog Surau Sri Melor

Mengenai Surau Al Ihsan, Apt Sri Melor di Ukay Perdana,Ampang

Pentauliahan Surau Al Ehsan, Sri Melor 30/07/2009

Filed under: Pengumuman — surausrimelor @ 12:05 am

Alhamdulilah. Dengan izin Allah SWT, surau kita telah berjaya didaftarkan di JAIS pada 15/7/2009. Sehubungan dengan ini, segala sumbangan atau sadaqah kepada pihak surau boleh digunakan untuk tujuan pelepasan cukai di LHDN. Salinan surat pentauliahan bole dimuat turun di sini  Surat Pentauliahan Surau Sri Melor.

Pihak surau ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam usaha untuk mendapatkan pentauliahan ini, terutamanya Ustaz Aziz Disa dan pasukannya.

Advertisements
 

Sekitar Majlis Kenduri Aqiqah pada 19/7/2009 20/07/2009

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 7:30 am

Antara pemandangan yang sempat dirakam oleh lensa jurukamera professional kami pada hari berkenaan.

Ketibaan Penceramah

Ketibaan Ustaz Mohammad Nizam disambut oleh Pengerusi Surau, Saudara Halim dan Ustaz Aziz Disa.

Sebahagian tenaga kerja

Terdahulu pada hari Sabtu 18/7/2009, kelihatan para penduduk begitu tekun menyiang daging untuk persediaan

menu pada keesokan harinya.

03-brain surgeon

Pakar Bedah Otak, En Zul, sedang menjalankan kerja2 berkaitan keatas ‘pelanggan’ beliau.

04-Berpeluh beb

Kelihatan Tuan Imam sedang memperkayan sesuatu tentang objek yang dipegang oleh beliau.

05-Muslimat turut membantu

Kaum ibu juga tidak ketinggalan membantu.

07-Jamah sup

Jamuan selepas solat Isya pada malam 18/7/2009. Hidangan utama: Sup Gear Box (tidak kelihatan di dalam gambar)

10-Jamuan 01

11-Jamuan 02

Menikmati jamuan selepas Kuliah Dhuha pada 20/7/2009.

12-Bungkus!!!!

Tapau time.

 

Kenduri Aqiqah Part III 16/07/2009

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 12:40 am

Beberapa maklumat berkenaan Kenduri Aqigah.
Sabtu 18 Julai
5.00 petang : Daging dijangka sampai untuk dipotong-potong.Semua dijemput bersama-sama bergotong royong. Muslimah juga dialu-alukan bagi menyediakan bahan-bahan lain untuk memasak. Sup juga akan dimasak sebelah petang.
9.15 malam : Lepas solat isyak sambung lagi bagi memasak menu utama (Daging kari & daging goreng halia).

Ahad 19 Julai
8.00 Pagi: Gotong royong lagi untuk masak sayur & persediaan jamuan lain.
9.30 Pagi: Majlis dimulakan dengan aluan Pengerusi Surau
9.45 Pagi: Zikir Munajat
10.00 Pagi: Ceramah Dhuha (Us. Mohammad Nizam Abd Kadir)
11.30 Pagi: Doa Selamat
12.00 T/hari: Jamuan

 

Kenduri Aqiqah Part II

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 12:38 am

Poster dah naik, jadi jemput semualah bergotong royong di surau mulai lepas asar hari sabtu (18/7/2009) nanti. Jangan lupa bawak pisau sendiri. Malam pulak kita masak dan pada kaki sup ‘gear box’ jangan lepaskan peluang. Kerjasama dan bantuan tuan-tuan amat-amatlah diharapkan.

 

Kenduri Aqiqah 07/07/2009

Filed under: Aktiviti,Pengumuman — surausrimelor @ 9:44 am

Satu kenduri aqiqah akan diadakan di perkarangan Surau Sri Melor bermula pada hari Sabtu 18/7/2009 – Ahad 19/7/2009. Maklumat lanjut berkenaan majlis kenduri ini akan diberikan sedikit masa lagi. Harap bersabar.

 

Gotong Royong

Filed under: Aktiviti,Pengumuman — surausrimelor @ 9:37 am
Tags: ,

Satu gotong royong akan diadakan seperti berilkut:

Tempat: Taman Permainan Kanak-kanak Sri Melor (belakang blok F)
Masa: 10:00 AM
Date: 12/7/2009

Kehadiran tuan-tuan sangatlah dialu-alukan.

Agenda:

1. Menambus tanah runtuh

2. Membaiki lereng yang runtuh

 

Jadual Surau Sri Melor 2009 06/07/2009

Filed under: Aktiviti — surausrimelor @ 12:49 am

Asalamualaikum semua,

Pihak pengurusan blog memohon maaf di atas kelewatan mengumumkan aktiviti surau disebabkan oleh urusan dunia yang tak pernah habis (kalau dah habis, inna lillah la jawapnya). Jadual kuliah boleh dimuat turun dari sini Jadual Kuliah Julai 2009

Sekian.

Bendahari Surau Sri Melor