Blog Surau Sri Melor

Mengenai Surau Al Ihsan, Apt Sri Melor di Ukay Perdana,Ampang

PERUBAHAN TARIKH KHATAN 21/11/2009

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 11:51 pm

Dimaklumkan, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, tarikh Majlis Khatan Beramai-ramai telah ditunda kepada 19hb Disember 2009 (Sabtu). Sila hubungi nombor yang diberikan sebelum ini untuk maklumat lanjut. Pihak kami memohon maaf atas penundaan tersebut. Terimakasih

 

Majlis Qurban Aidil Adha 1430H 15/11/2009

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 12:55 pm

Hari Raya Aidil Adha dijangka jatuh pada 27 November 2009. Memandangkan tarikh tersebut adalah hari jumaat pihak AJK Surau dan beberapa peserta Qurban telah bersetuju untuk mengadakan penyembelihan pada hari sabtu 28 November 2009 disebabkan kesuntukan masa untuk sembahyang raya dan sembahyang jumaat. Dimaklumkan bahawa penyertaan qurban telah penuh untuk 1 ekor lembu.

Mereka yang tidak beraya di kampung adalah dijemput untuk bersama-sama bergotong royong membantu urusan penyembelihan, memotong daging, mengedarkan daging qurban serta menyertai kenduri di surau Al-Ehsan. Majlis dijangka bermula pukul 8 pagi.

AJK ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.

 

Lembu Korban Sri Melor 2009

 

 

 

SUDAH POTONG? 14/11/2009

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 11:22 pm

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Surau Al-Ehsan menganjurkan khatan kanak-kanak beramai-ramai pada cuti sekolah hujung tahun. Jadi pada tahun ini majlis tersebut akan diadakan pada 5hb Disember 2009. ibu-bapa yang berminat menyertakan anak mereka boleh mendapatkan  borang pendaftaran di surau atau menghubungi Sdr. Ishak (016-3780639) atau Sdr. Yusri (019-3180026).

Penyertaan adalah terhad dan borang permohonan hendaklah dikembalikan sebelum 30 November 2009.

Sunat 007

Peserta tahun lepas diarak atas pickup truck

 

Kursus Pengendalian Blog-Siri 1

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 6:13 pm
Tak sangka ramai yang sertai kursus pengendalian blog pada 8 November lepas, walaupun iklan hanya ditampal di surau.
Mereka yang mengikuti berbesar hati kerana Sdr. Raja Rozali sudi mengendalikan kursus disamping sponsor jamuan selepas kursus. Walaupun sempat 1jam setengah namun waktu tersebut dapat dimanfaatkan untuk belajar membina blog sendiri.

Dalam pada itu, peserta juga bertuah kerana mendapat laluan wi-fi dari pengendali ‘UnKnowN’ yang membuka laluan ‘Guest’ selama tempoh kursus tersebut diadakan.

Memandangkan pengendali kursus hendak menjalani kursus badminton, sessi hari itu ditamatkan pada jam 9.50 malam. Sessi kedua akan diadakan pada 15 November (Ahad) lepas isya’ dengan sekali lagi tajaan wi-fi ‘UnKnowN’. Sila lihat posting dibawah berkenaan kursus tersebut.

08112009081

Langkah pertama

08112009082

Pelajar-pelajar yang tekun

08112009084

Aku dah ada blog dah….

 

KURSUS PENGENDALIAN BLOG SIRI 2

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 11:14 am

En. Raja Rozali bersedia untuk menyambung lecture untuk kursus ini pada 15 November (ahad) lepas isyak. Jika tuan-tuan setuju dengan tarikh tersebut sila maklumkan di comments atau sms kepada 019-3180026

 

Jamuan Silaturrahim Sempena Hari Raya Penduduk Pangsapuri Sri Melor 01/11/2009

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 2:03 pm

Majlis jamuan silaturrahim bersempena Hari Raya Aidil Fitri penduduk Pangsapuri Sri Melor yang diadakan pada 17hb Oktober 2009 (sabtu) yang lalu di tempat letak kereta antara blok A dan C mendapat sambutan dan dihadiri oleh sebahagian besar penduduk Pangsapuri Sri Melor.

Buat pertama kali majlis yang dianjurkan bersama oleh JMB, Persatuan Penduduk Pangsapuri Sri Melor dan Surau Al-Ehsan Sri Melor ini berjalan dengan lancar  baik dari mula persediaan, semasa majlis dan selepas majlis selesai. Majlis yang bermula pukuk 9.00 malam itu dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Abd Aziz Disa dan diikuti ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Sri Melor En. Abd Aziz Ahmad yang mewakili ketiga-tiga badan tersebut mengalu-alukan kedatangan penduduk serta memaklumkan secara ringkas tujuan majlis yang diadakan bagi merapatkan silaturrahim serta memupuk semangat kejiranan diantara peduduk.

En. Abd Aziz juga melahirkan rasa terimakasih dan gembira dengan sumbangan kewangan dan tenaga penduduk yang turut membantu menjayakan program tersebut samada sebagai petugas persiapan yang telah dimulakan sejak malam Jumaat dan juga sumbangan kutipan yang telah disalurkan untuk membiayai majlis tersebut. Selain daripada sumbangan yang dikutip dari penduduk, jamuan tersebut turut ditaja oleh beberapa penaja luar seperti kontraktor-kontraktor JMB, dan pejabat ADUN.

Penduduk telah dijamu dengan pelbagai hidangan termasuk lemang, nasi himpit, rendang, kuah kacang, kuah kari, lodeh, roti arab, roti jala dan pelbagai kueh mueh. Kebanyakkan dari hidangan ini disediakan secara gotong royong yang turut melibatkan kaum muslimat. Selain daripada itu, makanan yang disediakan secara ‘gerai’ turut sama diadakan yang terdiri daripada mee kawah, cucur udang, nugget goreng, nasi daging serta ais krim.

Pengerusi Surau Al-Ehsan, En. Abd Halim Abd Rahman melahirkan rasa syukur kerana majlis tersebut berjalan lancar dalam keadaan cuaca yang begitu baik walaupun sedikit hujan ketika petang semasa persediaan sedang rancak dibuat. Bagi Pengerusi JMB, En. Mat Taha Sharif, beliau merasakan majlis ini merupakan titik tolak bagi kerjasama yang lebih rapat lagi diantara ketiga-tiga badan ini bagi menyatukan penduduk dan usaha harus dijalankan secara berterusan dalam bentuk program-program anjuran bersama.

Sementara itu, Pengarah program, En. Kamarul Zaman Abd Rahman menyatakan majlis tersebut  telah berjalan dengan jayanya samada dari segi perancangan, komitmen AJK dan petugas, persiapan dan hidangan serta penyelenggaran semasa dan selepas majlis.

Sri Melor Lords of the lemang

Sri Melor Lords of the Lemang

Marilah menjamu selera.

Marilah menjamu selera.

Riang-ria menjamu selera.

Riang-ria menjamu selera.