Blog Surau Sri Melor

Mengenai Surau Al Ihsan, Apt Sri Melor di Ukay Perdana,Ampang

Sekitar Lawatan YB Tn. Hj. Saari Sungib ke Surau Sri Melor 17/09/2009

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 12:43 am

Pada tanggal 25 Ramadan yang lalu, YB Adun Hulu Kelang, Tn. Hj. Saari Sungib telah berada bersama jemaah di Surau ini untuk bersama-sama menunaikan solat Isya’, Terawih dan Witir. Yb telah meluangkan masa meberikan tazkirah diantara solat terawikh dan witir untuk jemaah. Pihak surau juga menggunakan kesempatan kedatangan YB bagi memberikan sedikit sumbangan kepada beberapa penduduk yang memerlukan bantuan dan 10 orang telah dipilih. Majlis diakhiri dengan jamuan moreh yang ditaja oleh jemaah.

Ramadan sudah menghampiri penghujungnya dan pihak surau ingin mengambil kesempatan untuk megucapkan ribuan terimakasih kepada jemaah dan orang persaorangan yang telah menghulurkan derma, baik dari segi kewangan, benda dan tenaga.Beranda surau sudah lebih luas, chandelier sudah tergantung,dan P.A. sistem sudah di’upgrade’kan, alhamdulillah berkat kerja kuat AJK dan jemaah. Terimaksaih juga di ucapkan kepada beberapa jemaah & AJK yang menguruskan bahagian dapur dan stor setiap malam bagi memastikan moreh dapat disediakan dan dapur sentiasa kemas. Pihak AJK ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam pengurusan Surau.

Dikesempatan ini juga pihak AJK ingin mengucapkan ‘SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI’ maaf zahir dan batin.

Berhati2 di jalanraya!

Ramadan1430 001

Ramadan1430 003

Ramadan1430 008

Ramadan1430 012

Ramadan1430 018

Ramadan1430 021

 

Penyata Akaun Surau Al Ihsan Ogos 2009 02/09/2009

Filed under: Pengumuman — surausrimelor @ 7:37 am

Asalamualaikum,

Disertakan salinan penyata tabung surau untuk tatapan para jemaah surau. Sila download di sini Penyata Surau Al-Ihsan Ogos 2009