Blog Surau Sri Melor

Mengenai Surau Al Ihsan, Apt Sri Melor di Ukay Perdana,Ampang

PROGRAM CUTI SEKOLAH MEI-JUN 2011 15/05/2011

Filed under: Pengumuman — surausrimelor @ 7:01 pm

Satu program bimbingan kerohanian untuk kanak-kanak sekolah rendah akan diadakan di Surau Al-Ehsan Sri Melor pada cuti persekolahan Mei-Jun 2011. Program yang dinamakan Kem Generasi Soleh tersebut akan diadakan pada 30hb Mei hingga 3 hb Jun 2011, dari 8.00 pagi hingga 5.0 petang.

Penyertaan adalah dibuka kepada kanak-kanak Tahun 1 hingga Tahun 6 (7 tahun-12 tahun). Antara bimbingan yang akan diberi kepada anak-anak ini adalah seperti berikut;

-Solat Dhuha

-Bacaan Ma’thurat / Zikir Pagi / Petang

-Talaqqi : Al-Quran / Iqra’ (Halaqah)

-Hafazan : Juzuk ‘Amma

-Tahsin Solat

-Nashid & Qasidah / Burdah

-Ceramah (4 slot)

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 90.00 (termasuk makan & buku sepanjang program tersebut).

Program ini akan dikelolakan ole Ustaz Abd Aziz Disa, yang merupakan jurulatih dakwah, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan.

Pendaftaran dan keterangan lanjut sila hubungi Ustaz Aziz 019-3949367. Sila buat pendaftaran sebelum 25 Mei 2011. Tempat adalah terhad.

 

One Response to “PROGRAM CUTI SEKOLAH MEI-JUN 2011”

  1. norrin shahira awang Says:

    Assalamualaikum…Saya berminat untuk menghantar anak saya ke program ini jika dapat diadakan di Johor. Terima kasih.


Leave a comment