Blog Surau Sri Melor

Mengenai Surau Al Ihsan, Apt Sri Melor di Ukay Perdana,Ampang

SELAMAT DATANG RAMADHAN 1432H 28/07/2011

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 10:58 pm

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana memanjangkan usia kita untuk dipertemukan dengan bulan yang penuh barakah ini. Bulan yang menghidangkan segala macam menu ibadah bagi menambah pahala kita didalam kantong keimanan.  

Seperti biasa, Surau Al-Ehsan, Apartmen Sri Melor mengalu-alukan kehadiran muslimin dan muslimat untuk bersama-sama mengimarahkan surau pada malam-malam bulan Ramadhan. Pihak surau insyaalah, berusaha menyediakan prasarana terbaik untuk Jemaah beribadat dengan selesa.

Secara ringkasnya, beberapa perkara yang ingin dimaklumkan berkaitan aktiviti Ramadhan bagi 1432H ini adalah seperti berikut;

a)      Solat Sunat Terawih – 8 Rakaat solat sunat Terawih diakhiri dengan 3 Rakaat solat sunat Witir.

b)      Imam – Solat sunat Terawih dan Witir akan diimamkan oleh imam tempatan dan imam jemputan

c)       Tazkirah – Tazkirah (15 minit) oleh penceramah jemputan dan penceramah tempatan akan diadakan pada pertengahan solat sunat terawih (selepas 4 rakaat).

d)      Tahlil – Tahlil akan diadakan seminggu sekali selepas solat Isya’ pada malam Jumaat. Semua permintaan tahlil akan dikumpulkan dan dibacakan pada malam tersebut. Borang permintaan Tahlil disediakan disurau dan boleh juga memuat turun dari link dibawah ini.

Borang Tahlil

e)      Taddarus Al-Quran –  akan diadakan selepas solat sunat Witir. Taddarus akan dijalankan dengan membaca ayat-ayat dan kemudian dibacakan terjemahan.

f)       Qiamullail – insyaalah akan diadakan pada setiap malam minggu.

g)      Kuliah subuh – Akan diadakan pada setiap pagi ahad.

h)      Bubur Lambok – Penyediaan dan pengedaran bubur lambok oleh surau Al-Ehsan yang dijalankan sejak 5 tahun lalu akan diteruskan tahun ini pada setiap hari Ahad. Pengedaran akan dibuat selepas jam 5.30 petang.

i)        Derma/sumbangan – Pihak surau mengalu-alukan derma dan sumbangan muslimin dan muslimat, bukan hanya untuk pengurusan bulan Ramadhan sahaja, malah bagi tujuan pengurusan surau sepanjang tahun seperti;  penambahan prasarana (pembelian kitab-kitab ilmiah, rak, meja, dsb.), baikpulih prasarana (penggantian peralatan yang rosak seperti lampu, kipas, carpet, system P.A, dsb.), pembayaran saguhati kepada penceramah atau guru kuliah, pengurusan peralatan dan barangan dapur, dan lain-lain keperluan bagi memastikan keadaan surau sentiasa terjaga dan dalam keadaan baik. Pihak surau ada menyediakan tabung di tiang lobi surau, selain diletakkan di sebelah ‘acces card’ di pintu masuk bagi memudahkan muslimin dan muslimat memberi sumbangan.

Sumbangan juga boleh dihulurkan kepada mana-mana AJK Surau ataupun memasukkan kedalam akaun surau dengan nombor seperti berikut

Surau Al-Ehsan Apartmen Sri Melor – Maybank Berhad  562209612994

 

GOTONG ROYONG MENCANTAS DAN MENEBANG POKOK 05/07/2011

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 11:11 pm

Gotong royong mencantas dan menebang pokok disekitar Pangsapuri Sri Melor Ukay Perdana akan diadakan pada;
Tarikh : 9 Julai 2011 (sabtu)
Masa : Bermula 8.00 pagi

Semua penduduk dituntut menghulurkan tenaga mereka bagi program ini. Sarapan pagi dan jamuan tengahari adalah disediakan.

 

JADUAL KULIAH BULAN JULAI 03/07/2011

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 11:01 am

Assalamualaikum,

Berikut adalah kuliah-kuliah yang akan diadakan sepanjang bulan Julai 2011

Jadual Pengajian Al- Ehsan – JuLY 2011

Semua muslimin dan muslimat adalah dijemput bersama-sama mengimarahkan surau kita.