Blog Surau Sri Melor

Mengenai Surau Al Ihsan, Apt Sri Melor di Ukay Perdana,Ampang

KULIAH DI SURAU AL-EHSAN BULAN DISEMBER 28/11/2011

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 11:50 pm

Semua muslimin dan muslimat adalah dijemput menghadiri kuliah di Surau Al-Ehsan Sri Melor sepanjang Disember seperti dalam jadual dibawah. Sila klik perkataan ‘Dec’ dibawah untuk lihat jadual.

Dec

Semuga dengan kehadiran tuan/puan dapat memberi manfaat kepada semua, mengimarahkan surau serta meningkatkan ukhwah sesama muslimin/muslimat.

 

AIDIL ADHA 1432H DI SRI MELOR 09/11/2011

Filed under: Aktiviti — surausrimelor @ 11:20 pm

Walaupun Hari Raya haji tahun ini jatuh pada hari minggu, yang bermakna ramai penghuni Pangsapuri Sri Melor balik ke kampung masing-masing, namun masih ada yang tinggal untuk merayakan Aidil Adha di Ukay Perdana.  Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Surau Al-Ehsan Sri Melor menganjurkan Solat Aidil Adha dan sembelihan korban pada hari tersebut.

Takbir raya bergema melalui pembesar suara sejak pukul 7.45 pagi lagi dan solat sunat Aidil Adha bermula jam 8.30 pagi dengan dihadiri oleh hampir 100 orang jemaah. Selesai solat dan khutbah, jemaah dijamu sarapan yang disediakan pihak surau.

Sarapan selepas solat sunat dan khutbah
Dengan izin Allah S.W.T, cuaca pada hari itu begitu baik untuk meneruskan penyembelihan korban. Sebanyak 2 ekor lembu dikorbankan pada kali ini. Dengan kerjasama ramai penduduk yang melibatkan diri membantu, urusan sembelihan telah selesai jam 10.30 pagi.
 

Tenaga pakar tempatan menumbangkan lembu

 
Walaupun lembu pertama agak liar sedikit namun dengan usaha pakar tempatan, lembu tersebut dapat ditundukan dalam masa yang singkat. Urusan melapah dan membungkus daging dapat diselesaikan dengan cepat dan teratur.  Pihak Surau juga memasak untuk hidangan tengahari.
 
Kerja-kerja memotong dan membahagi daging

 

 Secara ringkasnya, Hari Raya Korban di Sri Melor tahun ini dirayakan secara sederhana namun apa yang penting sikap bergotong royong masih semarak didalam diri penduduk Sri Melor seperti yang ditunjukkan pada majlis korban tersebut. Pihak surau amat berbesar hati dan berterimakasih kepada semua yang mengambil bahagian dan berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan dimasa-masa akan datang.