Blog Surau Sri Melor

Mengenai Surau Al Ihsan, Apt Sri Melor di Ukay Perdana,Ampang

Sambutan Maulidul Rasul 1432H Sri Melor 15/02/2011

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 2:22 pm

Alhamdulillah, Sambutan bagi memperingati tarikh kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. di Seri Melor berjalan dengan lancar walaupun diadakan dalam keadaan serba sederhana, pada hari ini 15 Februari 2011.

Acara dimulakan dengan bacaaan selawat d’bai diketuai oleh Ustaz Aziz Disa bermula 8.00 pagi, didala surau Al-Ehsan, diikuti dengan perarakan yang disertai oleh hampir 70 orang penduduk Sri Melor.

Sebahagian Muslimat yang sertai perarakanPerarakan mengelilingi Apartmen Sri Melor

Selesai perarakan semua yang mengambil bahagian dihidangkan dengan dengan selingan nasyid oleh anak-anak Sri Melor yang dibimbing oleh Ustaz Abdul Muqit.
Sebagai santapan rohani, ceramah berkaitan Maulidul Rasul disampaikan oleh pakar motivasi terkenal iaitu Ustaz Fadzli Yusof.

Ustaz Fadzli Yusof

Majlis berakhir pada pukul 10.30 pagi.
Pihak pengurusan Surau Al-Ehsan Sri Melor ingin mengucapkan terimakasih kepada semua yang mengambil bahagian serta kepada penyumbang-penyumbang untukmajlis ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala sumbangan yang tuan puan berikan.
 

MAULIDUL RASUL DI SERI MELOR 11/02/2011

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 11:01 pm

Sempena memperingati tarikh kelahiran junjungan besar Rasulullah S.A.W tahun ini, Surau Al-Ehsan, Pangsapuri Sri Melor akan menganjurkan sambutan Maulidul Rasul pada 15 hb Februari 2011 M bersamaan 12 Rabiul Awal 1432 H (selasa).

Aturcara adalah seperti berikut;

8.00 pagi      Semua yang ingin mengambil bahagian berkumpul di perkarangan Surau Al-Ehsan

8.15 pagi      Perarakan mengelilingi Pangsapuri Sri Melor

9.00 pagi    Ceramah (di perkarangan padang permainan Pangsapuri Sri Melor)

11.30 pagi  bersurai

Jamuan ringan akan disediakan, insyaalah. Semua Muslimin dan Muslimat Pangsapuri Sri Melor dan sekitarnya adalah dijemput bersama-sama untuk memeriahkan sambutan.

 

JADUAL KULIAH SURAU FEBRUARI 2011 05/02/2011

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 11:20 pm

Salam buat semua. Tuan Puan adalah dijemput untuk mengikuti majlis ilmu yang dianjurkan surau bagi bulan februari ni seperti trtera dibawah;

6 Feb (Ahad) Selepas Maghrib Kuliah Maghrib Us. Abd Karim Bashir
8 Feb (Selasa) Selepas Isya’ Kuliah Tafsir Us. Amran
9 Feb (Rabu) Selepas Isya’ Mengaji Dewasa Us. Abdul Muqit
10 Feb (Khamis)Selepas Isya’ Kuliah Ibadah Us. Aziz Disa
12 Feb (Sabtu) Selepas Maghrib Ceramah Bulanan Penceramah Jemputan
14 Feb (Isnin) Selepas Isya’ Kuliah Fiqh Muamalat Us. Zakirullah
16 Feb (Rabu) Selepas Isya’ Kitab Us. Yusri Ariffin
20 Feb (Ahad) Selepas Maghrib Kuliah Maghrib Us. Abd Karim Bashir
22 Feb (Selasa)Selepas Isya’ Kuliah Tahid Us. Manah Daud
23 Feb (Rabu) Selepas Isya’ Mengaji Dewasa Us.Abdul Muqit
24 Feb (Khamis)Selepas Isya’ Kuliah Ibadah Us. Aziz Disa
27 Feb (Ahad) Selepas Maghrib Kuliah Sirah Us. Kasyufunnazir
28 Feb (Isnin) Selepas Isya’ Kuliah Fiqh Muamalat Us. Zakirullah

Semuga kuliah-kuliah diatas dapat menambahkan ilmu dan taqwa muslimin dan muslimat.