Blog Surau Sri Melor

Mengenai Surau Al Ihsan, Apt Sri Melor di Ukay Perdana,Ampang

Bantahan Pembangunan Tanah Berhampiran 21/10/2010

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 10:34 pm

PPPSM akan menganjurkan perjumpaan bagi mendapatkan maklumbalas penduduk pada 23hb Oktober 2010 (sabtu) bermula 2.30 ptg di hadapan Surau Al-Ehsan Sri Melor, Ukay Perdana. Semua penduduk adalah dialu-alukan untuk memberi pandangan, cadangan terutama alasan yang akan digunakan dalam surat bantahan yang akan dihantar oleh pihak persatuan nanti.

Oleh itu, ayuh, marilah beramai-ramai untuk menunjukkan kesatuan kita sebagai penduduk mempertahankan kawasan kejiranan kita. Bersatu Teguh, Beramai-ramai lagi baguih.

 

Bantahan Pembangunan Tanah Berhampiran 18/10/2010

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 11:28 pm

Salam semua,

Mungkin ramai pemilik Pangsapuri Sri Melor telah menerima surat notis dari MPAJ berkenaan permohonan merancang bangi cadangan pembangunan dikawasan berhampiran Sri Melor. Kawasan tersebut bersempadan dengan pangsapuri kita ini iaitu dibelakang Blok C, termasuk disebelah blk A yang akan dijadikan jalan masuk. Kawasan kita ditandakan sebagai ‘Rumah Pangsa Kos Sederhana’.

Satu memo akan dikeluarkan oleh PPPSM dalam masa terdekat dan akan ditampal di setiap tangga bagi mendapatkan tandatangan untuk membantah permohonan tersebut.

Jika anda ingin membantah, sila tandatangan pada ruang yang disediakan nanti, atau berjumpa dengan pengerusi atau setiausaha PPPSM.

Jika ada pandangan lain, pendapat, maklumat, alasan bantahan dan sebagainya berkaitan perkara diatas, sila beri komen anda.

Terimakasih

 

Terima Kasih! 10/10/2010

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 11:42 am

 

Majlis Silaturrahim 2010

 

Asalamualaikum semua,

Pihak penganjur Majlis Silaturrahim Sri Melor 2010 ingin merakam ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan program berkenaan. Insha’allah kita akan berjumpa lagi di dalam majlis yang sama pada tahun 2011.

Foto-foto tambahan untuk majlis di atas boleh dilayari di sini

 

AJK Majlis Silaturrahim 2010

 

 

Majlis Silaturrahim Apt Sri Melor 2010 09/10/2010

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 2:22 pm

Asalamualaikum Semua,

Semua penduduk dijemput untuk hadir ke majlis di atas.

Tarikh: 9/10/2010

Tempat : Dataran Surau Sri Melor

Masa: 9:00 PM

Sekian. Diharap kehadiran semua penduduk akan memeriahkan lagi majlis berkenaan.

 

Aktiviti Surau Sepanjang Oktober 2010

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 2:09 pm
Tags:

Asalamualaikum semua,

Berikut disertakan jadual kuliah dan pengajian untuk Surau Sri Melor sepanjang bulan Oktober 2010.

Sila klik di siniĀ Jadual Pengajian Oktober 2010 untuk download jadual pengajian.

Terima Kasih,
Blogger Surau Sri Melor