Blog Surau Sri Melor

Mengenai Surau Al Ihsan, Apt Sri Melor di Ukay Perdana,Ampang

Sedekah Bulanan Melalui Maybank2U 31/05/2009

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 10:12 am
Tags: ,

Kepada para jemaah sekalian, sementara menantikan Surau Sri Melor mempunyai akaun bank sendiri, para jemaah boleh membuat sumbangan melalui elektronik banking kedalam akaun yang telah diamanahkan oleh pihak surau. Untuk maklumat lanjut sila layari kesini .

 

Sadaqah Jariah 27/05/2009

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 6:25 pm
Tags: ,

Ingatlah, derma dari seorang yang sikit harta lebih besar ganjarannya dari derma individu yang besar hartanya. Sebuah hadis menyebut :-

أي الصدقة أفضل؟ قال: سرّ إلى فقير أو جَهْد من مُقلّ

Ertinya ; Sedeqah yang paling utama adalah menggembirakan fakir dan dikelaurkan dalam keadaan sedikit harta ( Riwayat Ahmad 5/178 ; Tafsir Ibn Kathir, 1/701)

Ikhlaskan niat dan jangan pula ‘kotor mulut’ mencela apabila sedeqah yang diberi kelihatan tidak menambah keuntungan duniawi dalam jangka masa yang segera. Saya bimbang, ada yang menderma dengan niat yang satu, iaitu untuk mengharapkan untung berganda setelah dimotivasikan oleh para ustaz bahawa bersedeqah boleh menambah keuntungan, lalu apabila tiada pertambahan lalu dicelanya hadis, dicelanya ustaz, disesalinya sedeqah yang pernah di lakukan dahulu sebagai silap dan salah. Ingatlah firman Allah swt :-

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ ثُمَّ لاَ يُتْبِعُونَ مَا أَنفَقُواُ مَنًّا وَلاَ أَذًى لَّهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ

Ertinya : “Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati ” (Al-Baqarah : 262)

Lihat dan fahamilah dalam-dalam erti yang tersurat pada ayat ini, setiap pemberian sedeqah mestilah diriingi oleh rasa puas, gembira, tiada khuatir, tiada sedih dan sesal.

Bukankah pakar-pakar motivasi sedunia malah doktor menyatakan, antara faktor yang boleh memberikan kesihatan tubuh, awet muda dan fikiran terfokus adalah KURANG STRESS dan hati yang gembira. Bergembiralah wahai penderma, gembira memberi dan menyumbang sama ada ilmu, harta, masa dan tenaga dengan rela dan redha. Nesacaya kita akan lebih tenang dan tersenyum, prestasi boleh meningkat, idea boleh bercambah.

Bukankah Allah swt yang menggerakkan hati-hati dan minda manusia lain sama ada untuk memberi kita kontrak dan tender, mengambil kita bekerja, menaikkan pangkat, melantik kita untuk jawatan itu dan ini, memberi kepercayaan utnuk tugasan baru yang lumayan dan lain-lain. Lalu yakinilah dan bersangka baiklah dengan Allah swt, nescaya Allah akan menunaikan sangkaan baik kita.

Nah, jika benar-benar kita langsung tidak mampu walaupun 10 sen, ada sedeqah lain yang mampu kita tunaikan dengan cemerlang tanpa memerlukan wang, iaitu ajaklah orang kepada kebaikan dan laranglah mereka dari kemungkaran. Nabi saw berdialog dengan para sahabat, seperti berikut : –

على كل مسلم صدقة قيل : أرأيت إن لم يجد ؟ قال : يعتمل بيديه فينفع نفسه ويتصدق قال : أرأيت إن لم يستطع ؟ قال : يعين ذا الحاجة الملهوف قال : قيل له : أرأيت إن لم يستطع ؟ قال : يأمر بالمعروف أو الخير قال : أرأيت ؟ إن لم يفعل قال : يمسك عن الشر فإنها صدقة

Ertinya : Nabi berkata : pada setiap muslim tuntutan untuk bersedeqah

Sahabat berkata : Bagaimana jiak tidak mampu?

Nabi jawab : Usahalah dengan kedua tanganmu untuk hasilkan perkara bermanfaat dan bersedqahlah.

Sahabat bertanya : Bagaimana jika masih tidak mampu ?

Nabi menjawab : Carilah orang yang sangat memerlukan bantuan (dan bantulah sama ada dengan tenaga atau ditunjukkan kepada yang mampu)

Sahabat bertanya : Bagaimana jika masih tidak mampu?

Nabi menjawab : Ajaklah orang lakukan perkara kebaikan dan larang mereka dari kemungkaran

Sahabat bertanya lagi : Bagaimana jika masih tidak mampu?

Nabi menjawab : Janganlah kamu lakukan perbuatan buruk, ia juga satu sedeqah ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

KESIMPULAN

Terlalu ramai orang yang sentiasa sibuk memikir cara untuk MENDAPATKAN wang dan harta untuk dirinya, ye, MENCARI WANG, MENAMBAH WANG, MENGUMPUL WANG. Siang, malam pagi dan petang berhempas pulas minda dan tenaga mencari jalan. Sehingga ingin sahaja dilanggar semua jalan yang berpotensi, walau ia haram atau syubhat. Yang penting dalam mindanya, adalah poketnya semakin tebal. Sedangkan seluruh penghumpulan itu sekadar di dunia yang pendek ini.

Malangnya, sangat kurang yang berhempas pulas memikirkan bagaimana untuk MENYUMBANG WANG, MEMBERI WANG, SEDEQAH WANG. Bukankah memberi ini demi kehiduapan selepas kematian yang terlalu amat panjang masanya. Mulakan berfikir untuknya, sebenarnya untuk kita juga.

Brian Burnie, jika seorang jutawan bukan Islam warga Britain boleh berkata dan bertindak berdasarkan kata-katanya ini:

“We live in a “me, me, me” society and it has always been important to me to think of others”

Lalu apa lagi alasan kita sebagai muslim, bersedeqahlah sebelum sampai nyawa di kerongkong… Adakah si kaya ini gila kerana mendermakan wang yang begitu banyak? atau kita yang mabuk dengan pencarian wang secara selfish tanpa sebarang pemberian?

–dipetik dari zaharuddin.net

 

Aktiviti Mingguan 25/5/09 – 31/05/09 25/05/2009

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 9:18 am

Berikut adalah aktiviti mingguan surau untuk minggu keempat bulan May 2009.

1. Kuliah Tajwid

     Tarikh: Isnin 25/5/2009

     Masa: Selepas Solat Isya’

    Penceramah: Ustaz Abdul

 

2. Kelas Al-Quran Dewasa

     Tarikh: Rabu 27/5/2009

     Masa: Selepas Solat Isya’

    Penceramah: Ustaz Abdul

3. Kuliah Umum

     Tarikh: Khamis 28/5/2009

     Masa: Selepas Solat Isya’

    Penceramah: En. Fadzli

4. Kuliah Tafsir

     Tarikh: Sabtu 30/5/2009

     Masa: Selepas Solat Maghrib

    Penceramah: Ustaz Karim

5. Kuliah Subuh

     Tarikh: Ahad 31/5/2009

     Masa: Selepas Solat Subuh

    Penceramah: Ustaz Zaki

Hadis 
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: ” Para Malaikat datang berduyung-duyung kepada kamu pada waktu malam dan siang. Mereka berhimpun semasa sembahyang Subuh dan sembahyang Asar. Kemudian naiklah orang yang bersama kamu. Lalu Tuhan bertanya kepada mereka walaupun Dia lebih mengetahui terhadap segala urusan mereka dengan pertanyaan: Bagaimanakah keadaan hamba-hambaKu ketika kamu meninggalkannya? Mereka menjawab: Kami meninggalkan mereka ketika mereka sedang bersembahyang dan ketika kami mendatangi mereka, mereka juga sedang bersembahyang”.

 

Online Community Forum 24/05/2009

Filed under: Pengumuman — surausrimelor @ 12:27 am

Pihak kami telah menyediakan satu forum sebagai wadah untuk penduduk setempat mengutarakan pandangan atau pendapat kepada pihak JMB atau pun kepada Persatuan Penduduk Sri Melor. Forum boleh diakses dengan mengklik tab Forum di atas.

 

Ceramah Mingguan 18/5/2009 – 24/5/2009 21/05/2009

Filed under: Aktiviti — surausrimelor @ 8:13 am

Ceramah mingguan akan diadakan seperti berikut:

1. Hari: Khamis 21/5/2009 (Selepas Isya’)

Tajuk: Kuliah Fekah

Penceramah: Ustaz Zaki

2. Hari: Ahad 24/5/2009 (Selepas Solat Maghrib)

Tajuk: Kuliah Sirah

Penceramah: Ustaz Kasyfun Nazir

Semua dijemput hadir. Semoga dengan kehadiran tuan2 sekalian akan meng’imarahkan lagi surau kami.

 

Gotong Royong Bulanan 20/05/2009

Filed under: Aktiviti — surausrimelor @ 2:59 pm

Pihak surau akan mengadakan satu majlis gotong-royong seperti berikut:

Tarikh: 24/5/2009

Tempat: Surau Sri Melor

Masa : 9:00 AM – 10:00 AM (Sarapan disediakan)

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang wang/makanan, bolehlah menghubungi En Zul Ganu/En. Rozman/Zamari.

Gambar2 sekitar majlis gotong-royong berkenaan.

Pintu Masuk

Pintu Masuk

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Man Gergaji

Man Gergaji

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Air Limau Manis

Air Limau Manis

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The Expert

The Expert

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pisang En Saini

Pisang En Saini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

En Rostam Menikmati Nasi Lemak PERCUMA...

En Rostam Menikmati Nasi Lemak PERCUMA...

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pakat Letrik Surau

Pakar Letrik Surau

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengerusi Surau Membalak

Pengerusi Surau Membalak

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bakal Pewaris Surau Sri Melor

Bakal Pewaris Surau Sri Melor