Blog Surau Sri Melor

Mengenai Surau Al Ihsan, Apt Sri Melor di Ukay Perdana,Ampang

Takbir Raya Dari Rumah ke Rumah Aidil Adha 1431 18/11/2010

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 10:29 pm

Pihak Surau Sri Melor ingin mengucapkan jotaan terima kasih kepada semua jemaah Surau Sri Melor yang terlibat dengan aktiviti takbir dari rumah ke rumah ini. Diharapkan amalan ini dapat diteruskan pada setiap tahun disamping amalan korban di siang harinya.

Takbir Eidul Adha 1431

Takbir Eidul Adha 1431 Dari Rumah ke Rumah

Pihak Surau juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak tuan-tuan rumah menyediakan jamuan ringan (roti jala tuh!) dan buah tangan yang lain2nya.

Semoga dipanjangkan umur dan berjumpa lagi di Eidul Adha 1432 pada tahun hadapan, Insha’Allah.

 

Aidil Adha 1431H 17/11/2010

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 7:08 pm

Alhamdulillah, Aidil Adha tahun ini disambut meriah di Seri Melor. Solat Sunat Aidil Adha diadakan buat pertama kali di Surau Al Ehsan dengan jemaah yang memenuhi Surau. Solat sunat dimulakan pada 8.15 pagi. Imam jemputan telah memberikan sedikit penerangan tentang khafiat solat sunat Aidil Adha sebelum mengimamkan solat serta memberikan khutbah selepas itu.

Jemaah Solat Sunat Aidil Adha

Selepas solat, penyembelihan korban telah diadakan pada pukuk 9.15 pagi. Sebanyak 3 ekor lembu dikorbankan. Pihak surau amat berbesar hati dengan penglibatan ramai jemaah yang bergotong royong membantu menguruskan ibadat korban tersebut. Dari sembelihan sehingga pembahagian daging dapat dijalankan dengan lancar dengan ramainya penglibatan jemaah dan penduduk Sri Melor. Kerja-kerja selesai sebelum tengah hari.

Korban

Penduduk membantu penyembelihan korban

Memotong daging dan tulang

Memotong daging dan tulang

Pihak surau mengucapkan terimakasih kepada Ustaz Yusri yang mengendalikan Solat Sunat dan penyembelihan pada hari ini serta kepada semua yang terlibat menghulurkan tenaga dalam menjayakan majlis korban pada hari ini.

Sebagai sebahagian usaha untuk menambahkan tabungan surau, pihak surau telah menjalankan penjualan T-Shirt Surau dengan harga RM 30.00 sehelai. Mereka yang berminat untuk membelinya bolehlah datang ke Surau dan berjumpa dengan mana mana AJK Surau. Bahagian hadapan terdapat logo surau di bahagian dada, manakala bahagian belakang tertulis perkataan ‘Surau Al-Ehsan’ dengan alamat blog sekali seperti gambar dibawah.

T-Shirt Surau, Sehelai RM 30

T-Shirt Surau RM 30 sehelai, maaf model tak sudi menggayakannya

 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

 

Solat Sunat Aidil Adha Dan Korban Di Surau Al-Ehsan 13/11/2010

Filed under: Pengumuman — surausrimelor @ 10:33 pm

Insyaalah, Surau Al-Ehsan Sri Melor akan mengadakan solat sunat Aidul Adha pada hari raya korba tahun ini bersamaan 10 Zulhijjah 1431 (17 November 2010). Solat sunat akan bermula pukul 8 pagi. Penyembelihan korban akan diadakn selepas solat sunat tersebut. Semua warga Sri Melor dan yang berdekatan adalah dialu-alukan untuk meramaikan jemaah disamping bergotong royong menyediakan daging korban untuk dibahagi-bahagikan.

Untuk makluman, sebanyak 3 ekor lembu akan dikorbankan.  Mereka-mereka yang berkelapangan adalah sangat sangat diperlukan untuk membantu melapah, dan mengedarkan daging. Adalah diharapkan semua dapat membawa sendiri peralatan yang sesuai seperti pisau pemotong daging untuk tujuan tersebut.

Bagi memeriahkan suasana Aidil Adha, Takbir dari rumah ke rumah akan diadakan bermula selepas isya’ 16 November 2010 (9 Zulhijjah) untuk 3 hari berturut-turut. Mereka yang ingin mengadakan takbir dirumah mereka dengan di-imamkan oleh imam surau boleh mebuat booking di Surau atau hubungi Yusri (019-3180026). Tuan rumah adalah tidak digalakkan menyediakan jamuan yang berat memandangkan kemungkinan banyak rumah lain yang perlu dikunjungi.

Selamat Menyambut Eidul Adha.

 

Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus 12/11/2010

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 7:00 pm

Tarikh: 27/11/2010

Tempat: Masjid Ar-Ridhuan, Hulu Klang

Masa: 8:00 PM

Tajuk : Anak Kunci Syurga

Nota: Kitab ‘Anak Kunci Syurga’ ada dijual. Harga RM 3.50 (Jawi) / RM 10.00 (Rumi)

Jadual Kuliah Ustaz Azhar selama sebulan boleh dicapai di sini.

 

Forum untuk blog Surau Sri Melor 08/11/2010

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 9:00 am

Sila kayari   http://surausrimelor.vanillaforums.com/ untuk keterangan anjut. Selamat berforum.