Blog Surau Sri Melor

Mengenai Surau Al Ihsan, Apt Sri Melor di Ukay Perdana,Ampang

MESYUARAT AGONG SURAU AL-EHSAN 28/03/2010

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 1:12 pm

Surau Al-Ehsan Pangsapuri Sri Melor akan mengadakan Mesyuarat Agong dan pemilihan Ahli Jawatanuasa Kuasa baru bagi sesi 2010 – 2011 pada 31hb Mac 2010 (Rabu) bersamaan 15 Rabiul Akhir 1431H, bermula jam 9.30 maam (selepas isya’)

Dengan demikian semua Muslimin dan Muslimat adalah dijemput untuk bersama-sama ‘membina’ kepimpinan yang akan meneruskan tradisi kecemerlangan Surau Al Ehsan untuk masa depan.

 

Apa Ertinya Saya Menganut Islam? 16/03/2010

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 11:57 am

Buku karya Fathil Yakan dari Turki diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu. Sesuai sebagai bacaan untuk semua peringkat umur. Sinopsis adalah seperti dibawah:

Bahagian pertama buku ini bertajuk “Apa Ertinya Saya Menganut Islam”
membentangkan sifat-sifat penting yang wajib ada pada seseorang bagi
membolehkan ia menjadi seorang Muslim dalam erti kata yang sebenarnya.
Penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah secara warisan, bukan
secara hobi malah ia juga bukan penggabungan secara zahir sahaja. Sebenarnya
penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran Islam itu
sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam serta
menyesuaikan diri dengan Islam di segenap bidang kehidupan dengan penuh
kerelaan.
Seterusnya kami akan menerangkan secara ringkas sifat-sifat yang wajib
dimiliki oleh setiap muslim untuk memastikan penggabungan dengan agama ini
merupakan penggabungan yang sah dan bena

Bahagian pertama buku ini bertajuk “Apa Ertinya Saya Menganut Islam”membentangkan sifat-sifat penting yang wajib ada pada seseorang bagimembolehkan ia menjadi seorang Muslim dalam erti kata yang sebenarnya.Penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah secara warisan, bukansecara hobi malah ia juga bukan penggabungan secara zahir sahaja. Sebenarnyapenggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran Islam itusendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam sertamenyesuaikan diri dengan Islam di segenap bidang kehidupan dengan penuhkerelaan.Seterusnya kami akan menerangkan secara ringkas sifat-sifat yang wajibdimiliki oleh setiap muslim untuk memastikan penggabungan dengan agama inimerupakan penggabungan yang sah dan benar.

Untuk maklumat lanjut sila download bukunya  Apa Ertinya Saya Menganut Islam?.