Blog Surau Sri Melor

Mengenai Surau Al Ihsan, Apt Sri Melor di Ukay Perdana,Ampang

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA 1432 29/10/2011

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 9:22 am

 

Pengumuman anak bulan Zulhijjah telah dibuat dan tarikh hari raya korban telah ditetapkan pada 6 Novemeber 2011 (Ahad). Pihak Surau Al-Ehsan ingin memaklumkan bahawa tahun ini pihak Surau akan mengendalikan penyembelihan korban sebanyak 2 ekor lembu. Pihak Surau juga akan mengadakan Solat Sunat Aidil Adha di surau Al-Ehsan bermula jam 8.00 pagi. Penyembelihan akan dbuat sebaik selesai solat sunat tersebut. Penduduk adalah dijemput beramai-ramai bersolat di Surau serta mengambil bahagian dalam gotong royong peneyembelihan.

Pihak surau juga akan menyediakan sarapan pagi bagi jemaah yang hadir dan juga mengalu-alukan jika ada jemaah yang ingin menyumbang kueh mueh untuk pagi tersebut.

Bersempena dengan sambutan tersebut, Penduduk adalah dijemput untuk bersama-sama bertakbir selepas Maghrib dan Isya’ pada hari sabtu (5 November) dan jika ada permintaan, takbir dari rumah ke rumah akan diadakan selepas Isya’ hari pada Sabtu, Ahad dan Isnin.

Pihak Surau ingin menghulurkan doa kepada semua Jemaah haji dari Pangsapuri Sri Melor yang kebanyakkan telah berangkat ke Mekah, semoga Allah mempermudahkan perjalanan mereka dan sentiasa dalam kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadah dan mendapat haji yang mabrur.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

Untuk rujukan semua jemaah sila klik lnk di bawah untuk melihat JADUAL KULIAH SURAU BAGI BULAN NOVEMBER

Nov

 

PROGRAM OKTOBER – NOVEMBER 07/10/2011

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 10:20 pm

PROGRAM KORBAN

Sambutan perayaan yang akan datang adalah Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban yang dijangka jatuh pada 6hb November 2011 (10 Zulhijjah 1432). Pihak Surau Al-Ehsan, sebagaimana biasa akan menganjurkan sembelihan korban selepas solat sunat Aidil Adha. Insya Allah, pihak surau juga akan berusaha untuk  mengadakan solat sunat Aidil Adha di Surau Al-Ehsan. Pemakluman ini akan ditampal di papan kenyataan di setiap tangga nanti.

Penduduk yang berhajat untuk meyertai bahagian korban adalah dialu-alukan. Harga bagi satu bahagian korban adalah sebanyak RM 400.00. Mereka yang berminat boleh menghubungi En Zulkifli Akil (013-3684978) atau En Yusri Mohd Yusof (019-3180026). Setakat ini, 1 ekor lembu telah ditempah dan pihak surau, insya Allah mampu mengendalikan sebanyak 3 ekor. Ini berdasarkan kepada kejayaan program sembelihan korban tahun lalu sebanyak 3 ekor .

Pembahagian daging akan dibuka kepada penduduk mulai 10.30 pagi hari tersebut.

KULIAH MINGGUAN

Kuliah mingguan telah pun berjalan semula sejak minggu lalu. Sila klik tajuk ini untuk jadual bagi bulan oktober 2011.

Okt

PENGAWASAN TERHADAP ANAK-ANAK

Pihak surau mendapati terdapat kanak-kanak yang menggunakan surau sebagai tempat permainan termasuk di dalam ruang sembahyang pada waktu siang hari bekerja dimana mereka diberi cuti oleh sekolah disebabkan peperiksaan. Pihak surau memandang berat perkara ini atas faktor kebersihan ruang sembahyang dan pembaziran letrik. Pihak AJK Surau telah bersetuju untuk mengunci bahagian ruang sembahyang dan akan dibuka hanya pada waktu-waktu sembahyang fardhu (siang) selama 1 atau 2 jam. Orang ramai yang ingin bersembahyang diwaktu lain boleh menggunakan bahagian luar surau (serambi) dan sejadah akan disediakan.

Pihak surau juga ingin meminta jasa baik ibu bapa agar dapat menasihati anak-anak agar sentiasa beradab di dalam surau serta menghormati rumah ibadah.