Blog Surau Sri Melor

Mengenai Surau Al Ihsan, Apt Sri Melor di Ukay Perdana,Ampang

AIDIL ADHA 1432H DI SRI MELOR 09/11/2011

Filed under: Aktiviti — surausrimelor @ 11:20 pm

Walaupun Hari Raya haji tahun ini jatuh pada hari minggu, yang bermakna ramai penghuni Pangsapuri Sri Melor balik ke kampung masing-masing, namun masih ada yang tinggal untuk merayakan Aidil Adha di Ukay Perdana.  Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Surau Al-Ehsan Sri Melor menganjurkan Solat Aidil Adha dan sembelihan korban pada hari tersebut.

Takbir raya bergema melalui pembesar suara sejak pukul 7.45 pagi lagi dan solat sunat Aidil Adha bermula jam 8.30 pagi dengan dihadiri oleh hampir 100 orang jemaah. Selesai solat dan khutbah, jemaah dijamu sarapan yang disediakan pihak surau.

Sarapan selepas solat sunat dan khutbah
Dengan izin Allah S.W.T, cuaca pada hari itu begitu baik untuk meneruskan penyembelihan korban. Sebanyak 2 ekor lembu dikorbankan pada kali ini. Dengan kerjasama ramai penduduk yang melibatkan diri membantu, urusan sembelihan telah selesai jam 10.30 pagi.
 

Tenaga pakar tempatan menumbangkan lembu

 
Walaupun lembu pertama agak liar sedikit namun dengan usaha pakar tempatan, lembu tersebut dapat ditundukan dalam masa yang singkat. Urusan melapah dan membungkus daging dapat diselesaikan dengan cepat dan teratur.  Pihak Surau juga memasak untuk hidangan tengahari.
 
Kerja-kerja memotong dan membahagi daging

 

 Secara ringkasnya, Hari Raya Korban di Sri Melor tahun ini dirayakan secara sederhana namun apa yang penting sikap bergotong royong masih semarak didalam diri penduduk Sri Melor seperti yang ditunjukkan pada majlis korban tersebut. Pihak surau amat berbesar hati dan berterimakasih kepada semua yang mengambil bahagian dan berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan dimasa-masa akan datang.

 
 
 
 

JADUAL KULIAH BULAN JUN 2011 04/06/2011

Filed under: Aktiviti — surausrimelor @ 6:51 pm

Pengajian – Jun 2011

 

Majlis Aqiqah Bersama YB Dato’ Dr Hj Hassan Hj Mohamad Ali 09/07/2010

Filed under: Aktiviti,Pengumuman — surausrimelor @ 3:05 pm

Pihak surau ingin menjemput semua penduduk Sri Melor untuk bersama-sama memeriahkan majlis berkenaan.

Tarikh: 11/7/2010 (Ahad)

Masa: 9:00 Pagi

Tempat: Surau Al Ehsan, Apt Sri Melor

Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Dato Dr Hasan Ali & Isteri

 

Khatan Beramai-ramai 21/12/2009

Filed under: Aktiviti — surausrimelor @ 11:30 pm

Sekali lagi majlis berkhatan beramai-ramai dapat diadakan di Surau Al-Ehsan Sri Melor seperti tahun-tahun sebelum ini pada sabtu 19hb Disember yang lepas. Namun kali ini hanya 4 peserta sahaja yang dapat diberi peluang atas permintaan klinik. Majlis yang bermula jam 8 pagi demeriahkan dengan kehadiran keluarga peserta serta beberapa AJK surau yang sempat melapangkan masa. Walau bagaimana pun salah seorang peserta telah menarik diri disaat akhir atas sebab demam.  

Peserta bersama sebahagian ahli keluarga

Imam mengambil angin selepas berarak

 

Gotong Royong Melebarkan Surau 07/08/2009

Filed under: Aktiviti,Pengumuman — surausrimelor @ 12:50 am
Tags:

Semua jemaah dijemput datang untuk bersama-sama membantu kerja-kerja berkaitan pada:

Tarikh: 8/8/2009 , 9/8/2009
Masa: 9:00 AM

Kehadiran tuan2 sangatlah dialu-alukan. Sila berpakaian untuk tujuan kerja2 seperti membancuh simen dan melepa lantai. Harap maklum.

 

Mesyuarat Sempena Ketibaan Bulan Ramadan Al Mubarak 02/08/2009

Filed under: Aktiviti,Pengumuman — surausrimelor @ 8:48 pm

Alhamdulilah. Ramadan bakal menjelma lagi. Sempena dengan kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, pihak surau akan mengadakan satu mesyuarat seperti berikut:

Tarikh: 5/8/2009 (Rabu)

Masa: 9:00 PM

Tempat: Surau Sri Melor

Semua AJK dan jemaah surau dijemput datang. Semoga kehadiran tuan sekalian dapat lagi meng’imarahkan surau

kita pada bulan Ramadan nanti.

 

Kenduri Aqiqah 07/07/2009

Filed under: Aktiviti,Pengumuman — surausrimelor @ 9:44 am

Satu kenduri aqiqah akan diadakan di perkarangan Surau Sri Melor bermula pada hari Sabtu 18/7/2009 – Ahad 19/7/2009. Maklumat lanjut berkenaan majlis kenduri ini akan diberikan sedikit masa lagi. Harap bersabar.