Blog Surau Sri Melor

Mengenai Surau Al Ihsan, Apt Sri Melor di Ukay Perdana,Ampang

Program Kitar Semula Minyak Masak 09/02/2010

Filed under: Uncategorized — surausrimelor @ 11:30 pm

Apa yang anda akan buat pada minyak masak yang telah digunakan? Membuangkanya kedalam sistem pembentungan yang biasa dibuat sebelum ini akan mengakibatkan saluran paip pembentungan mengumpul lemak dan lama kelamaan akan mengeras dan akhirnya boleh mengakibatkan saluran paip akan tersumbat. Selain daripada itu bahan berminyak yang dialirkan ke loji pemprosesan boleh merosakkan peralatan loji selain air yang keluar selepas diproses diloji bercampur dengan minyak tersebut boleh mengakibatkan pencemaran.

Atas kesedaran tersebut Surau Sri Baiduri dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Zon 4 MPAJ serta Lembaga Urus Air Selangor telah mengadakan inisiatif untuk mengitar semula minyak masak yang telah digunakan. Selain boleh mencemarkan alam sekitar, minyak masak yang talah digunakan boleh dikitar semula untuk dijadikan bahan biodiesel.

Program yang telah dilancarkan pada awal bulan februari 2010, di Surau Sri Baiduri adalah program yang ditujukan kepada penduduk sekitar Ukay Perdana yang mana setiap fasa digalakkan untuk menyertai program tersebut.

Bagi memudahkan penduduk membuang sisa minyak masak mereka, setiap kawasan perumahan disediakan tong bagi mengumpul sisa minyak masak dan diletakkan di tempat tertentu di kawasan perumahan masing-masing.

Bagi kawasan Sri Melor satu tong pengumpulan telah disediakan di Surau Al-Ehsan Sri Melor.

Tong pengumpulan sisa minyak masak

Untuk keterangan lanjut, hubungi nombor berikut;

LUAS  03-5511 1800

 

2 Responses to “Program Kitar Semula Minyak Masak”

  1. raja rozali Says:

    Kena nominate satu hari sebagai “Hari Mengkitar Semula Minyak Masak”. Maybe kena sediakan penapis manalah tau pulak nanti terkitar sekali dengan ikan masin, kulit ayam goreng dan bendasing2 lain.

  2. hisham Says:

    Nak kena letak kat luar guard, biar org kedai, yang guna banyak minyak tu


Leave a comment